MOHON MAAF, MASIH TAHAP PERBAIKAN

Sabtu, 26 Maret 2016

REFERENSI KITAB FIQIH EMPAT MADZHAB

Kitab al-Fiqh ‘ala al-Mazahib al-Arba’ah ( الفقه على المذاهب الاربعة ) karya al-Syaikh ‘Abdul Rahman bin Muhammad ‘Awad al-Jaziri (1882/1299-1941/1360) adalah antara kitab fiqh perbandingan mazhab yang terkenal, yang menjadi rujukan para ulama dan umat Islam pada zaman kini.

Kandungan kitab ini memuatkan semua permasalahan fiqh yang biasa dibincangkan oleh para ulama fiqh dalam kitab mereka dari Kitab Thaharah (bersuci) hingga Kitab Ta’zir. Setiap permasalahan hukum diterangkan mengikut pandangan empat mazhab fiqh yang muktamad di kalangan Ahlus Sunnah wal Jama’ah, iaitu mazhab Hanafi, Maliki, Syafi’i dan Hanbali.

Berdasarkan edisi Arabnya yang diterbitkan oleh Dar al-Fikr , Beirut –Lubnan pada tahun 1990/ 1411, kitab ini disusun dalam buah 5 juzuk. Setiap juzuk diterbitkan dalam jilid yang berasingan ( Jilid 1- 5  = 5 buah buku).


Metode penyusunan kitab ini….

Isi kandungan kitab ini dibahagikan kepada dua bahagian, yang dipisahkan oleh satu garisan;

A) Bahagian tajuk dan penerangan ringkas permasalahan yang dibincangkan.

B) Bahagian nota kaki.

Di bahagian A dipaparkan setiap tajuk permasalahan fiqh dan penerangan ringkas setiap tajuk ada diterangkan. Setiap permasalahan hukum fiqh yang disepakati oleh sebahagian mazhab akan diterangkan di bahagian ini. Manakala, jika tedapat perbezaan pendapat di kalangan mazhab mengenai sesuatu permasalahan hukum, ia akan diterangkan di bahagian B (nota kaki) berdasarkan pendapat mazhab-mazhab tersebut.


Isi Kandungan kitab ini….

Berikut disenaraikan tajuk-tajuk yang dibincangkan dalam kitab ini;

1. Kitab al-Thaharah (Bersuci)

2. Kitab al-Shalah (Solat)

3. Kitab al-Shiyam (Puasa)

4. Kitab al-Zakah (Zakat)

5. Kitab al-Haj (Haji)

6. Kitab Larangan dan Pembolehan (mengenai makan, minum dan perhiasan)

7. Kitab al-Ba’i (Jual beli) dan yang berkaitan (muamalat)

8. Kitab al-Nikah (Perkahwinan)

9. Kitab al-Thalaq.

10. Kitab al-Hudud.

11. Kitab al-Qisas.

12. Kitab al-Bughat (Pemberontak).

13. Kitab al-Riddah (Murtad).

14. Kitab al-Ta’zir.

15. Kitab al-Kabair (Dosa-Dosa Besar)

Tidak ada komentar:

Posting Komentar